Nadi Melugu X E-Sukan – Kelas: Anti Doping & Bahan Terlarang

20 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Satu sesi kelas atas talian bertajuk “Anti Doping & Bahan Terlarang” telah diadakan untuk memberikan pendedahan dan pemahaman kepada peserta mengenai konsep doping dalam dunia e-sukan serta mengenal pasti jenis-jenis bahan terlarang yang sering disalahgunakan oleh pemain. Antara kesalahan doping termasuklah pengambilan ubat-ubatan tanpa kebenaran perubatan seperti amfetamin atau steroid, penggunaan dadah rekreasi semasa bertanding, serta memanipulasi sampel ujian air kencing bagi tujuan menipu keputusan pertandingan. Bahan-bahan terlarang ini kebiasaannya digunakan untuk meningkatkan tumpuan secara tiruan dan mengurangkan rasa mengantuk, namun tindakan tersebut jelas menyalahi etika dan peraturan e-sukan.

Kesan daripada kesalahan doping dalam e-sukan amat serius dan boleh menjejaskan pelbagai aspek kehidupan pemain. Dari segi kesihatan, penggunaan bahan terlarang seperti steroid atau amfetamin boleh menyebabkan gangguan jantung, kerosakan hati, ketagihan, serta masalah emosi dan mental. Dari segi kerjaya pula, pemain yang didapati bersalah boleh digantung penyertaan, dibatalkan kemenangan, atau disenarai hitam daripada sebarang pertandingan rasmi. Selain itu, reputasi dan kredibiliti pemain turut tercemar, sekali gus menjejaskan kepercayaan peminat, rakan sepasukan, serta penaja. Kesalahan doping bukan sahaja melanggar undang-undang e-sukan, tetapi juga mencemarkan semangat kesukanan dan nilai kejujuran dalam pertandingan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali